All News

Kem Multimedia@UUM 2024

SINTOK: Digital Production and Services (DProS) telah menganjurkan 'Kem Multimedia@UUM 2024' yang berlangsung selama 3 hari pada 18 Februari 2024 sehingga 20 Februari 2024 bagi menggilap kemahiran menggunakan teknologi masa kini seperti Genially, Gamma AI dan Kodable Game yang melibatkan seramai 50 orang peserta di bawah bimbingan staf dan pensyarah serta 3 orang fasilitator bertempat di Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC), Universiti Utara Malaysia (UUM).

q1

 

Aktiviti hari pertama pada sebelah pagi adalah Bengkel Multimedia - Aplikasi Genially: Pembangunan Kandungan Digital Interaktif. Bengkel ini penting kerana ia dapat mengasah minat peserta secara khusus dalam mencipta kandungan dan visual yang menarik. Seterusnya, pada sebelah petang pula diteruskan dengan lawatan sekitar UUM/SMMTC iaitu kandang Arnab, Burung Unta, Rusa sekaligus lawatan sambil belajar ke Muzium Pengurusan UUM.

q2

Aktiviti hari ketiga pada sebelah pagi adalah Bengkel Multimedia - Aplikasi Kodable Game: Pembelajaran Asas Pengekodan. Bengkel ini penting kerana ia dapat memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai pengekodan dengan cara yang mesra pengguna terutamanya kepada kanak-kanak dan remaja. Seterusnya, pada sebelah petang pula diteruskan dengan aktiviti semangat berpasukan iaitu pencarian harta karun.

 q4 

q3

 

“Saya berharap agar Kem Multimedia@UUM 2024 ini dapat membantu para peserta menghasilkan satu kerja pengekodan yang mantap menggunakan kaedah dan cara yang tepat. Saya juga berharap agar mereka yang menikmati manfaat kempen ini akan melakukan perkara sama untuk generasi baharu pada masa akan datang,” ujar Kang Siew Xien, fasilitator Kem Multimedia@UUM 2024.

Seorang lagi fasilitator Kem Multimedia@UUM 2024, Siti Nur Adnin Binti Muhammad Wang pula berkata, dengan penganjuran bengkel seumpama ini, setiap peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam dan memantapkan lagi kemahiran menggunakan teknologi masa kini. Tidak kurang juga, kem ini turut mendapat sambutan hangat dan komen positif serta memberangsangkan daripada ibu bapa para peserta di mana mereka mengatakan bahawa anak-anak mereka sangat teruja dan gembira menghadiri kem selama 3 hari tersebut. Dalam pada itu, ada juga ibu bapa yang mengatakan bahawa mereka sangat berharap Kem Multimedia@UUM ini dapat dijadikan sebagai acara SMMTC setiap kali cuti sekolah.