All News

Sesi Perkongsian di antara SMMTC, UUM-Universitas dan FIKOM, Mercu Buana

Pada, 29 Januari 2024, Sesi Perkongsian di antara SMMTC, UUM-Universitas dan FIKOM, Mercu Buana telah diadakan. Tujuan Perkongsian ini adalah untuk menyediakan peluang kepada SMMTC untuk mengadakan program berbentuk akademik bersama pihak Universitas Mercu Buana.

p1

Kerjasama UMB dan UUM boleh diteruskan dengan kepelbagaian aktiviti akademik dan penyelidikan bagi mencapai matlamat universiti bagi memperkukuhkan keterlihatan UUM di peringkat global serta memperkasa kerjasama antarabangsa. FIKOM Universitas Mercu Buana dan SMMTC dalam rangka perbincangan berkaitan dengan:
• Flagship research dan kerjasama khidmat komuniti
• Kolaborasi kajian dan penerbitan
• Lawatan pelajar dan program khidmat komuniti antarabangsa
• Penanda aras program kedoktoran

p2

Seramai enam orang delegasi daripada FIKOM dan senarai delegasi Universitas Mercu Buana. Staf SMMTC terlibat adalah terdiri daripada penjawat dan pensyarah yang berkaitan seramai 14 orang.

p3

Aktiviti-aktiviti yang dirancang iaitu program akademik yang diadakan sempena lawatan ini bertujuan untuk bertukar pendapat dan meningkatkan lagi kualiti kajian dan penerbitan kedua-dua pihak serta meningkatkan perbincangan hasil dari lawatan wakil SMMTC ke Mercu Buana Universitas pada 1-5 Disember 2023 yang lalu.