SMMTC DAN UUMKL SEPAKAT RANCAKKAN PROGRAM SARJANA SAINS KEWARTAWANAN MULTIMEDIA

Last Updated: 17 Jul  2018 [download this file]

smmtcTrans

9 JULAI 2018/ 25 SYAWAL 1439H

=========================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

            (THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

SMMTC DAN UUMKL SEPAKAT RANCAKKAN PROGRAM SARJANA SAINS KEWARTAWANAN MULTIMEDIA

image005 min SMMTC ONLINE: Perjumpaan antara Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) bersama UUM Kuala Lumpur (UUMKL) telah diadakan pada 27 Jun lalu bagi merancang pelaksanaan program baharu iaitu Sarjana Sains Kewartawanan Multimedia. Turut serta dalam perbincangan ini adalah Pengarah UUMKL, Prof. Dr. Shahimi bin Mohtar, Timbalan Pengarah (Akademik), Dr. Ahmad Rizal Bin Mazlan dan Penyelaras Akademik, Cik Fazilah Binti Mohd. Othman. SMMTC pula diwakili Timbalan Dekan, Dr. Sobihatun Nur Abdul Salam bersama Penyelaras-Penyelaras Program dan Penolong Pendaftar.

Pelbagai perkara berkaitan akademik telah diperhalusi seperti kriteria pensyarah, pemilihan pelajar sehingga kepada pemasaran program ini di Kuala Lumpur. Program yang mensasarkan kumpulan wartawan, pemain industri penyiaran dan mereka yang berminat dalam bidang ini adalah genre baharu dalam bidang kewartawanan membabitkan penerokaan platform multimedia yang membolehkan penyampaian berita melalui aplikasi teknologi terkini.

Habis.

smmtcfoot

UUM  MSCMalaysia-link myGov-linkmampu-linkmyideas-linkmyline-linkkrste-linktourismMsia-link
footerUUM