All News

Tingkat Kesedaran Antirasuah Kepada Pelajar Universiti

SINTOK - Hampir 200 pelajar Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai program Rasuah Busters di sini sempena konvoi ke Kedah pada Selasa.

antiRasuahPic

Dekan SMMTC, Prof Madya Dr Norsiah Abdul Hamid berkata, pihaknya menghargai kunjungan mesra pasukan Rasuah Busters ke universiti tersebut dan mengharapkan agar kempen berkenaan diadakan secara bersiri selepas ini.

Menurutnya, kempen tersebut bukan sahaja memberikan kesedaran kepada pelajar tetapi juga kepada warga UUM secara keseluruhannya tentang bahaya rasuah.

"Kita sebagai individu dan rakyat Malaysia perlu sama-sama membasmi rasuah. Bagi saya program seperti ini patut diangkat dan dibawa kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Pelajar khususnya jurusan Teknologi Media telah mendapat sedikit kesedaran dan juga kefahaman tentang apa itu rasuah menerusi program ini.

"Sebagai pelajar mereka perlu mendidik hati dan diri sendiri supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan rasuah bukan sekadar pada masa hadapan tetapi juga di kampus," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika kunjungan hormat dan temu mesra Yayasan Sinar untuk Malaysia (#RasuahBusters) ke UUM.

1807215

 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (#RasuahBusters), Nurhayati Nordin berkata, mahasiswa dan mahasiswi adalah bakal pemimpin negara ini.

Menurutnya, mereka adalah gambaran masa depan negara perlu diberi perhatian dan kesedaran tentang bahaya rasuah yang boleh menjatuhkan sebuah negara.

"Hari ini kita bersama hampir 200 pelajar. Kita boleh membayangkan kalau mereka semua keluar sebagai seorang ketua ataupun pemimpin yang berintegriti insya-ALLAH. Ini adalah satu corak negara Malaysia yang cukup-cukup cemerlang pada masa akan datang.

"Kita berharap setiap seorang pelajar itu dengan harapan dia akan membawa mesej ini ke dalam keluarga mereka.

"Kemudian mesej itu akan berkembang kepada yang lebih besar dan lebih besar. Inilah gerakan rasuah busters yang kita mulakan secara organik daripada rakyat kepada rakyat," katanya.

More on pdf file ----> Click Here


Sumber : Sinar Harian | pautan di bawah

https://www.sinarharian.com.my/article/207082/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Tingkat-kesedaran-bahaya-rasuah-di-universiti

 

back removebg preview