All News

HALA TUJU DAN ROADMAP SMMTC 2022-2030 MANTAPKAN PERANCANGAN KEMAJUAN PUSAT PENGAJIAN

UUM ONLINE 10 APRIL 2022: Pembentangan hala tuju dan roadmap’ Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi (SMMTC) bagi tahun 2022 hingga 2030 oleh Dekan Pusat Pengajian,  Prof Madya Dr Norsiah Abdul Hamid telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor di sini hari ini dengan kehadiran Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah.

newsAprSMMTC

Pembentangan hala tuju ini memfokuskan kepada ‘QS World Rankings by Subject’, program industri dan komuniti berimpak tinggi, penawaran program pascasiswazah, aktiviti seminar, anugerah khas bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, dan program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang menjana pendapatan Pusat Pengajian.

Naib Canselor menyarankan agar SMMTC dapat meningkatkan lagi kolaborasi luar negara, promosi program pascasiswazah, program ‘dual degree’, program pengajian berkembar, ‘docudrama’,  program yang berimpak tinggi. Beliau turut menyata cadangan pemberian insentif penerbitan artikel jurnal dari kertas projek dan laporan pelajar praktikum.

Antara institusi yang berpotensi menjalankan kolaborasi dengan SMMTC pada masa akan datang ialah National University of Singapore,  Suan Dusit University, Bansomdejchaopraya Rajabhat University (BSRU), Universitas Maria Kudus, Universitas Mercu Buana dan Universitas Yogjakarta. Manakala industri pula adalah Giggle Garage Sdn. Bhd., Malaysian Press Institute dan Institut Keusahawanan Negara.  

Sesi pembentangan ini bertujuan memastikan proses jaminan kualiti yang berterusan di SMMTC dalam merealisasikan misi dan visi universiti.

Turut hadir tiga Timbalan Dekan Pusat Pengajian, Pengerusi-Pengerusi Program serta Penolong Pendaftar.

Sekian.

 


Sumber : UUM Corporate Comm. back removebg preview